Sunday, March 16, 2014
Of us
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.
"Sya, apa yang termenung sangat tu ?," ujar Nana.
"Ni ha. Cuba tengok ni. Allahurobbi. Menyesakkan dada Sya," balas Sya sambil menunjuk statistik remaja yang terlibat dengan gejala negatif.
"Astaghfirullahalazim. Apa kita harus buat ni Sya ?," balas Nana sambil merenung Sya.
"Nana , apa yang buat Sya bimbang ialah kebanyakkan yang terlibat tu umat Islam. Saudara seagama kita. Amanah kita belum sempurna pelaksanaanya. Allahu. Sya bimbang disoal di sana nanti. Nana rasa apa patut kita buat ?," balas Sya semula sambil menggosok-gosok tangan.
"Sya , kakak usrah kita kan pernah beritahu. Nak tolong ummah , jom tolong diri sendiri dan orang orang yang kita sayang dulu. Ingat tak maratib amal yang kita pernah belajar dulu. Mula mula individu muslim kan ?," ujar Nana sambil merenung mata Sya. *renung mata gittew ;P
"Eh haah. Allahurobbi. Lupa. Jom mula dengan diri sendiri. Mudah - mudahan usaha yang serba sedikit ni diberkati. Dahulu waktu Rasulullah nak sampaikan Islam pun , baginda mula dengan keluarga dan sahabat handainya dahulu kan,"
"Ya. Sebab tu kita wajib tahu dan faham sirah Nabi. Moga bermanfaat buat kita. InsyaAllah. Sebab jalan dakwah ni bukan jalan yang mudah. Hanya pada Allah kita letakkan segala harapan," pesan Nana sungguh-sungguh.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
MasyaAllah. Boleh turun air mata laju laju kalau ada sahabat yang sering ingatkan kita bahawa perjuangan untuk gapai redha Allah ni bukan sesuatu yang mudah. Tapi sesuatu yang sangat bernilai. Allahuakhbar!
Jom berlari sampai garisan penamat.
Biar Allah jadi saksi.
InsyaAllah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allahu,so true ari, jalan dakwah bukan mudah, terima kasih igtkn :)
ReplyDeleteari keep writing!!