Thursday, January 4, 2018

Refresh!

Assalamualaikum 😊

It have been so long, i guessed. Dah lama tak menulis. Rindu nak menulis macam dulu. Walaupun tulis yang tak ada makna tapi, dengan menulis boleh luahkan segala apa yang terpendam. Hehe

Alhamdulillah ala kulli hal, for all those blessing :')

Guess what?! Dah masuk 2018 dah! Rasa macam sekejap je masa berlalu. Pejam celik habis setahun. Seorang nurfariza bakal menjengah umur doploh lima, which is tak tau nak describe macam mana - but i really hope it is a good kick start for me.

Umur doploh lima patutnya dah mulakan kerjaya, tapi i was stucked with my postgrad life - but still, i hope i will successfully graduating soon. Amiin Ya Rabbal alamin :')

And, dah masuk lima tahun since my syahadah on 2012. Sekejap kan, dan banyak lagi kena baiki diri. Baiki akhlak, jaga aurat, jaga solat, jaga yang wajib dan yang sunat. Jaga hubungan dengan Allah.
Dan jadi orang yang bermanfaat untuk sekeliling. I hope so - insyaAllah!

Nanti ada masa nak recap everythings yang berlaku on 2017! Hehe 😊

Anddddddd, ada lebih kurang 2 setengah sebelum seorang nurfariza menjadi bini orang. Part jadi bini ni entahlah, tak tau la sedia ke dak. Just... Pray for me 😂

It is good to write again.. Rasa tenang. Haha.

Till we meet again 😄

Bye!

Wednesday, April 9, 2014

Of helping others


Allahurobbi! Allahurobbi!

Dalam pencarian jiwa jiwa yang merindukan pencipta, aku terlupa. Aku terlalu sibuk dengan membaiki diri sendiri kononnya. Sehingga aku tinggalkan sahabat yang setia di sisi aku. Allahurobbi!

Dalam aku menangis melalui jalan yang Engkau pilihkan untuk aku, aku terlupa. Aku terlupa aku bukan keseorangan. Aku terlupa pada janji Mu. Allahurobbi! Aku terlupa pada hadiah hadiah yang Engkau berikan kepadaku saat turun naik semangat ku.

Allahurobbi!

Sungguh aku pendosa. Pendosa tanpa henti. Allahurobbi, masukkanlah aku dikalangan orang orang yang mencintaiMu dan kasih pada kekasihMu!

Allahurobbi, kukuhkanlah hati hati kami di jalan yang telah Engkau pilihkan.

Allahurobbi

Sunday, March 16, 2014

Of us



Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum.


"Sya, apa yang termenung sangat tu ?," ujar Nana.

"Ni ha. Cuba tengok ni. Allahurobbi. Menyesakkan dada Sya," balas Sya sambil menunjuk statistik remaja yang terlibat dengan gejala negatif.

"Astaghfirullahalazim. Apa kita harus buat ni Sya ?," balas Nana sambil merenung Sya.

"Nana , apa yang buat Sya bimbang ialah kebanyakkan yang terlibat tu umat Islam. Saudara seagama kita. Amanah kita belum sempurna pelaksanaanya. Allahu. Sya bimbang disoal di sana nanti. Nana rasa apa patut kita buat ?," balas Sya semula sambil menggosok-gosok tangan.

"Sya , kakak usrah kita kan pernah beritahu. Nak tolong ummah , jom tolong diri sendiri dan orang orang yang kita sayang dulu. Ingat tak maratib amal yang kita pernah belajar dulu. Mula mula individu muslim kan ?," ujar Nana sambil merenung mata Sya. *renung mata gittew ;P

"Eh haah. Allahurobbi. Lupa. Jom mula dengan diri sendiri. Mudah - mudahan usaha yang serba sedikit ni diberkati. Dahulu waktu Rasulullah nak sampaikan Islam pun , baginda mula dengan keluarga dan sahabat handainya dahulu kan,"

"Ya. Sebab tu kita wajib tahu dan faham sirah Nabi. Moga bermanfaat buat kita. InsyaAllah. Sebab jalan dakwah ni bukan jalan yang mudah. Hanya pada Allah kita letakkan segala harapan," pesan Nana sungguh-sungguh.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


MasyaAllah. Boleh turun air mata laju laju kalau ada sahabat yang sering ingatkan kita bahawa perjuangan untuk gapai redha Allah ni bukan sesuatu yang mudah. Tapi sesuatu yang sangat bernilai. Allahuakhbar!

Jom berlari sampai garisan penamat.
Biar Allah jadi saksi.
InsyaAllah

Wednesday, February 26, 2014

of getting matured

Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan ni banyak kali throwback impian dulu dulu. Bukan gambar aje boleh di campak belakang tapi angan angan dan impian boleh jugak! Sebab nak edit sedikit impian. Upgrade sikit supaya logik dan bersesuaian dengan tahap diri sendiri :3

Antara yang paling aku nak upgrade ialah perihal nikah awal. Yeah. Boleh jugak aku dikatakan tergolong di kalangan gadis gadis yang berimpian untuk nikah awal supaya dapat mengelakkan diri daripada perkara yang Allah larang.

Tak. Aku bukan tetibe nak tolak perkara yang baik. MasyaAllah. Orang kata kalau seru jodoh sudah sampai, sambut aje! Allah! Tapi aku tak pasti jodoh yang mana merisik dahulu : kematian atau manusia? Wallahualam.

Waktu mula mula aku pasang niat nak nikah muda semua kawan aku bash aku kot! Kahkah. Tapi aku of course ada hidden reasons on my plans. Tapi lepas aku kaji semula, aku redha dan bertawakal mengenai urusan jodoh ini. Alah! Lagipun konsep jodoh ni luas.

SubhanaAllah! Semenjak aku mengambil langkah untuk berubah meninggalkan zaman jahiliyyah aku,Allah temukan aku dengan orang orang yang molek akhlaknya bahkan cantik sekali pengetahuan agamanya. MasyaAllah! Inilah jodoh yang aku nantikan. Maksud aku budak budak usrah aku. Muslimat ya!

Orang kata mahukan jodoh; ha yang ni konsep berlainan jantina! Kita harus berusaha. Namun, cuba kita renung kembali, konteks berusaha yang bagaimana yang harus diaplikasikan ?

Sebagai seorang yang yakin bahawa tiada tuhan selain Allah Ta'ala, konteks berusaha dalam pencarian jodoh haruslah usaha yang makin mendekatkan kita kepada Allah. Kan?  Wallahualam.

Mungkin setiap individu ada pandangan yang berbeza. Tapi ini hanya pandangan dua posen aku. Ahah! Jangan pulak disimpan di dalam hati.

Seronok jugak kekadang cakap soal jodoh ewah kau! Tapi, jodoh maut itu yang pasti! Dan itu priority! Wallahualam.

InsyaAllah lepas ni sambung lagi !

Thursday, February 20, 2014

Of too much time

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum and morninggg!

Sem baru dah mula and i am so blessed. Even dalam hati ni meronta ronta nak balik rumah. Well. Homesick katanya. Tapi rasa seronok bila dah selak setiap subjek satu satu. Tetibe aje rasa semangat gilos baq ang!

Okayy. Sem ni berazam nak bagi diri ni busy sebab kalau banyak masa lapang nanti jadi asyik teringat rumah lah pastu buang masa. Selalu nya tido melebih lebih. Ingat tak surah Al Asr:

" Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang orang yang beriman dan beramal soleh, dan saling berwasiat untuk mentaati suatu kebenaran, dan saling berwasiat untuk menetapi kesabaran. "

Jadikan ayat ini sebagai guideline untuk kita respect dan hargai masa. Yeah. Aku akui, sometimes bila too much masa lapang normally kite jadi tak tentu arah dengan benda yang tak penting. Aku maksudkan diri sendiri. No hard feeling k.

Tetibe I came out and tulis tentang hal peribadi pulak kenn. 2 sem lagiii ohoii!! Siapa tak teruja!!

Selamat belajar dan beramal. InsyaAllah.

Wednesday, February 12, 2014

Of appreciating the knowledge




Hey. Counting the days until Sunday sebab dah nak balik U - no fun at all actually sebab well anak mak bhahahhaha. No privacy no fav foods no kitchen no sisters ( I sayang adiks - takde bully partner :O ) no everythings. Tapi at least ada kelas yang berderet dan yes - kind of tak sabar nak kick-start new semester :D 

Bila kita dah mula membesar , saya ada satu perasaan which is I started to appreciate masa belajar sebab dulu takde ahh cemni ken dulu malas gila dan belajar pun sebab nak dean-list ; no good. Since I ada habit suka membaca (walhal hanya membaca novel :P) setiap part dalam buku menceritakan everythings including perkara yang langsung saya tak tahu. Dan bila sedar baru rasa menyesal tak belajar sejarah betul betul , belajar fizik and you may put all subjects that you have learned in school - because it is true! Dulu rasa mengarut sangat belajar benda cemni sebab rasanya bila dah kerja , kita bukan guna semua benda tu untuk siapkan kerja dan hantar kepada boss kan ?

Sekarang rasa menyesal sebab tak menghargai setiap saat belajar kerana ingin tahu tapi belajar kerana nak keputusan peperiksaan yang gempak lah kononnya tapi bila masuk U habuk pun takde - sebab tu hantar assigment macam hantar kerja sekolah. Allahuakbar! Kalau tanya setiap pelajar kenapa belajar , agak agak apa jawapan mereka ? Idk. Dan sekarang banyak cabaran dan dugaan buat ibu bapa , guru dan pelajar sendiri. Buat yang boleh mengawal diri - BIG CLAP-You're the best!

Berbaki 3 sem lagi dan takda apa yang saya harapkan selain meningkat tahap muhasabah diri dan ofcourse jawapan skema sepam dua - tingkatkan ilmu pengetahuan. Ehem. Teringat kisah Hassan Al Banna - pejuang Islam yang paling famous , kalau tak kenal pergi cari dan mula ambil tahu mengenai sejarah Islam. Belajar dan mencari ilmu kerana ingin membantu masyarakat Islam yang kian lama kian tenggelam dek kemajuan dunia - menghancurkan akhlak umat Islam sendiri. Bila I baca pasal beliau , I could feel what he really want. Cewah sikit. Meremang bulu roma sesekali tahu. At a very young age , beliau mampu menghafal dan membaca Al Quran dengan begitu baik. MasyaAllah. Then I'm asking myself what have I done at my young age :( Manusia mudah lupa dengan kenikmatan yang kita ada sekarang cuma bila kitaberada dalam keadaan susah baru kita hargai. I dont want to be like that. Semua orang pun tak nak kan. Hargai masa susah dan masa senang supaya kita menghargai kehidupan yang Allah bagi ni.

Kalau buat conclusion - ilmu itu penyuluh kehidupan. Jawapan standard buat karangan bahasa melayu zaman sekolah dulu. Tapi bila dah lalui macam macam pengalaman dan bila dah rasa umur dah makin bertambah ( insyaAllah 21 tahun this may - kalau kalendar islam idk hehhehehee - i should figure it out later on ) , baru rasa menyesal. Ilmu boleh memanipulasikan anda dan ilmu can make you rich too. You choose.

Dan kalau boleh , biarkan ilmu tu sebagai tiket kita ke JannahNya insyaAllah. Sebarkan ilmu dan sebarkan kasih sayang :)

Wednesday, February 5, 2014

Imaginasi berdimensi




Assalamualaikum 

Whatsuppp ? So I've been thinking abt something yang sebenarnya mengganggu nerve cell aku. So here it is. I've been thinking abt life.Yes. Izinkan aku pinjam daya imaginasi engkorang dan masuk ke dalam dimensi tak terduga. Ewah sangat kan nama.

Baiklah. Bayangkan engko melihat seorang insan - undefined/unknown- berada di tengah tengah tempat dan di sekitarnya ada empat jalan/cara dan dia nampak sangat kabur. Maksud aku macam teragak agak nak buat decision. Ni pandangan dari each individual punya k. Ada empat pilihan dan you have to make decision untuk masa depan. Semua orang mendambakan masa depan yang cerah. Hope. Yeah. Semorang ada harapan dan yakin dengan harapan macam kita yakin adanya hari esok untuk kita - walaupun esok masih belum pasti. Masih kabur.

Dan keputusan dibuat setiap saat , setiap minit . setiap jam dan list goes on. Aku buat sedang menimbang-nimbang nak teruskan menulis atau back off sambung layan Hawai-5-0. It's ain easy kan. Pilihan sentiasa ada , terbentang luas. Macam dalam dimensi tak terduga. Ada empat. Kenapa empat ? Sebab pilihan tu banyak if you really look through your surrounding carefully. Sebab bila kita ditimpa musibah , we are tend to think there is only one choice left. Tanpa kita sedar , sebenarnya hek eleh sangat kan rupanya ada lagi satu jalan yang awak boleh ambil.

So back to main topic - dimensi tak terduga - actually semua orang menghadapi situasi cemni hari hari. Either in a good way or bad ? Tak nak ah anggap bad way right ? Mungkin kurang nice way. Ehm. That is including me. Well. Dunia bukan tempat untuk bergembira 24Hrs , dunia tempat untuk awak-engko-aku sedar bahawa kejadian di sekeliling kita ni terjadi untuk dijadikan ibrah/iktibar. Learn from your environment. Jangan nak sentap kalau hari ni orang mengata awak. Belajar dari situ - jangan mengata orang. Deal ?
Contoh jelah k.

Kenapa aku letak insan sebagai objek ? Sebab kita lah insan tu. Kita hari ni menentukan siapa kita masa hadapan or paling kurang pun siapa kita esok. Ha gitu. Apa kita buat hari ni , lambat laun memberi kesan ke atas kita suatu hari nanti - tanpa kita sedar. Kadang kadang kita lambat sedar kan ? Takpa. Take your time.

Best tak imaginasi tak terduga ? Hari ni on your own , cuba bayangkan what have you done selama ni ? Apa kesan ke atas diri awak dan sekeliling. Baik atau buruk - jangan melenting. Tapi belajar. Be positive. Be happy :)