Assalamualaikum.
Sejak kebelakangan ni banyak kali throwback impian dulu dulu. Bukan gambar aje boleh di campak belakang tapi angan angan dan impian boleh jugak! Sebab nak edit sedikit impian. Upgrade sikit supaya logik dan bersesuaian dengan tahap diri sendiri :3
Antara yang paling aku nak upgrade ialah perihal nikah awal. Yeah. Boleh jugak aku dikatakan tergolong di kalangan gadis gadis yang berimpian untuk nikah awal supaya dapat mengelakkan diri daripada perkara yang Allah larang.
Tak. Aku bukan tetibe nak tolak perkara yang baik. MasyaAllah. Orang kata kalau seru jodoh sudah sampai, sambut aje! Allah! Tapi aku tak pasti jodoh yang mana merisik dahulu : kematian atau manusia? Wallahualam.
Waktu mula mula aku pasang niat nak nikah muda semua kawan aku bash aku kot! Kahkah. Tapi aku of course ada hidden reasons on my plans. Tapi lepas aku kaji semula, aku redha dan bertawakal mengenai urusan jodoh ini. Alah! Lagipun konsep jodoh ni luas.
SubhanaAllah! Semenjak aku mengambil langkah untuk berubah meninggalkan zaman jahiliyyah aku,Allah temukan aku dengan orang orang yang molek akhlaknya bahkan cantik sekali pengetahuan agamanya. MasyaAllah! Inilah jodoh yang aku nantikan. Maksud aku budak budak usrah aku. Muslimat ya!
Orang kata mahukan jodoh; ha yang ni konsep berlainan jantina! Kita harus berusaha. Namun, cuba kita renung kembali, konteks berusaha yang bagaimana yang harus diaplikasikan ?
Sebagai seorang yang yakin bahawa tiada tuhan selain Allah Ta'ala, konteks berusaha dalam pencarian jodoh haruslah usaha yang makin mendekatkan kita kepada Allah. Kan? Wallahualam.
Mungkin setiap individu ada pandangan yang berbeza. Tapi ini hanya pandangan dua posen aku. Ahah! Jangan pulak disimpan di dalam hati.
Seronok jugak kekadang cakap soal jodoh ewah kau! Tapi, jodoh maut itu yang pasti! Dan itu priority! Wallahualam.
InsyaAllah lepas ni sambung lagi !
No comments:
Post a Comment